Hairan... isu Interlok mula timbul semula setelah barisan ahli 'politik' dan kerajaan telah bersetuju menggugurkan beberapa isu sensitif di dalamnya sebelumnya. Apa yang dianggap selesai sebelum ini masih belum 'memuaskan nafsu' pihak yang mungkin gila pengaruh dan ingin dianggap jaguh kampung...Siaran berita TV3, 16 Disember 2011 memaparkan Datuk S.Subramaniam, Menteri Sumber Manusia merangkap ahli Parlimen Segamat mendedahkan dan mengumumkan penggunaan buku Interlok bagi pelajar tingkatan 5 di sekolah akan dimansuhkan. Pengumuman secara rasmi pemansuhan katanya akan dibuat oleh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan juga selaku Menteri Pelajaran dalam masa terdekat.
Nampaknya Datuk Subra seperti cuba menjadi jaguh kampung. Mengapa tidak hanya Menteri Pelajaran yang buat pengumuman dahulu yang berautoriti penuh dalam hal ehwal pendidikan? Namun, isu itu bukanlah perkara pokok yang ingin ditimbulkan tetapi persoalan kini mengapakah perkara ini dibangkitkan semula setelah banyak perkara dipersetujui sebelum ini diselesaikan sacara baik.? Orang dan pemimpin Melayu sangat bertolak ansur sehinggakan beberapa isu sensitif dalam Interlok telah dimansuhkan. Namun, mengapa mereka masih meminta-minta?
Inilah yang dikatakan mahu betis nak peha. Selepas ini entah apa lagi yang akan diminta. Mereka akan ambil sedikit demi sedikit. Dapat sedikit mahu lebih lagi. Banyak perkara orang Melayu bertolak ansur sehinggakan orang Melayu sendiri yang rugi. Orang Melayu tidak pernah untung selama ini. Hasil kekayaan negara dinikmati bersama namun hanya berapa kerat orang Melayu dapat bersaing dalam negara. Pegangan saham, aset, dan kekayaan masih sedikit berbanding orang bukan Melayu. Bukan menafikan tetapi itulah kelebihan orang Melayu membiarkan bukan Melayu mengaut hasil kekayaan tanpa rasa iri hati. Mengapa pula banyak di kalangan bukan Melayu yang sakit hati apabila Melayu 'dapat lebih sikit'?
Apa yang diharapkan, pihak kerajaan khususnya pemimpin Melayu sedar untuk tidak terikut-ikut dengan desakan yang bukan-bukan seperti ini. Jangan dilayan dan jangan ambil peduli. Janganlah hanya perlukan undi, tergadai maruah 'jatidiri'. Yang pasti, rakyat diakar umbi sering memerhati dan sering ambil peduli walaupun suara sering dipandang sepi...
Kerang Laut:- Bagi betis nak peha. Bagi peha entah apa lagi nak dimintanya...
0 komen/ cadangan:
Catat Ulasan