Isnin, Ogos 8

Bahaya Dakyah Kristian

Membaca kisah 'Pujukan Gereja'- Berita Harian teringat kisah yang sama berlaku sekitar tahun 2000 ketika saya bekerja di Petaling Jaya, Selangor.

Ketika itu saya berkongsi rumah sewa bersama tiga rakan yang lain yang bekerja di tempat yang sama. Dipendekkan cerita, seorang rakan saya sering sakit dan sering mendapat sokongan bantuan berbentuk kewangan daripada badan kristian ini setiap bulan.

Tidak cukup dengan itu, anggota kristian ini yang menggunakan nama Islam mengajar bible kepadanya. Mujurlah rakan saya ini masih kuat iman walaupun 'terpaksa' belajar bible demi mendapatkan sokongan kewangan yang berterusan.

Rakan saya sedih dan terkilan kerana di saat dia memerlukan kewangan untuk perubatannya, tidak ada sesiapa yang dapat membantu. Yang tiba dahulu hanyalah anggota kristian ini. Yang menyedihkan kami, perkara ini telah berlaku lama tetapi tidak diketahui sehinggalah dia sendiri memaklumkan perkara ini.

Tiba satu ketika, atas inisiatif rakan-rakan lain, kami membawa dia ke sebuah pusat tahfiz terkenal yang berdekatan bagi membantunya. Setelah menceritakan segalanya, relatinya anggota kristian ini sememangya telah lama bergiat aktif dan telah memperdaya ramai orang Melayu murtad terutama golongan remaja.

Kisah Nur dan pengalaman lama saya di atas sebenarnya banyak berlaku tetapi kita tidak nampak dan adakalanya kita masih tidak sedar. Selagi ianya belum berlaku ke atas diri kita, keluarga, atau rakan terdekat sudah tentu kita akan buat tidak peduli.

Kepada pihak kerajaan, kuatkanlah peruntukan undang-undang bagi menghalang anasir kafir ini dari terus menjahanamkan Islam. Di pihak individu, NGO, dan badan kerajaan sama-samalah kita membanteras dengan memberi sepenuh perhatian kepada orang Islam yang memerlukan supaya tidak terpengaruh dengan ajaran kristian ini...

Kerang Laut:- Semoga Allah memelihara dan memberi pertolongan kepada seluruh umat Islam...

0 komen/ cadangan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LAMAN HANTARAN PERKAHWINAN & PERTUNANGAN

DARI LAMAN PERKASA

DARI LAMAN DR RIDHUAN

DARI LAMAN TUN DR MAHATHIR

OnLoad="FreeViral(386118)"