Khamis, Jun 16

Gerhana Bulan (Total Lunar Eclipse) 16 Jun 2011

Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana).- Hadis riwayat Muslim

Gerhana bulan berlaku apabila bulan purnama dilindungi bayangan bumi iaitu terlindung daripada bayangan matahari. Dalam kata lain, bulan memasuki bayangan bumi dan menghilang.

Rajah di bawah menunjukkan bagaimana fenomena gerhana bulan berlaku:


Sesungguhnya ciptaan Allah s.w.t. amatlah cantik sekali. Betapa hebatnya Allah dalam mencipta langit dan bumi. Lihatlah gambar-gambar di bawah yang diambil sejak awal gerhana lagi dan hanya beberapa minit yang lepas. Penulisan artikel ini mula ditulis jam 3.30am sejurus bulan memasuki fasa awal gerhana. Gerhana penuh dianggarkan berlaku sekitar jam 4.12am dan berakhir sekitar pukul 5.02am.

Sebagai seorang Islam kita digalakkan solat sunat gerhana apabila berlakunya gerhana bulan ini. Berikut tatacara solat sunat gerhana:

Niat: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Kaifiat:
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:

a. Rakaat Pertama

1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
5. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
7. Membaca surah Ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
9. Iktidal.
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.

b. Rakaat Kedua

1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
7. Iktidal.
8. Sujud dan membaca tasbih.
9. Duduk antara 2 sujud.
10. Sujud kembali.
11.Membaca tasyahud akhir.
12.Memberi salam.

Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku’ sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku’ sebagaimana solat fardu Jumaat. Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi. (Sumber: JAKIM)

Betapa kerdilnya kita di bumi Allah ini. Lihatlah, Yang Maha Agung masih memberi peluang kepada kita untuk terus menikmati hidup ini dengan mencari keredhaanNya. Semoga kita mendapat kejayaan yang besar di akhirat kelak dan dijauhi dari api neraka Allah...

Kerang Laut:- Marilah kita berubah kepada yang lebih baik semoga mendapat ampunan Allah s.w.t

1 komen/ cadangan:

LAMAN HANTARAN PERKAHWINAN & PERTUNANGAN

DARI LAMAN PERKASA

DARI LAMAN DR RIDHUAN

DARI LAMAN TUN DR MAHATHIR

OnLoad="FreeViral(386118)"