Khamis, Jun 9

Bangsa Anak Malaysia?

Baru-baru ini sedang hangat diperkatakan ADUN Subang Jaya, Hannah Teoh menggesa kerajaan melalui Pertubuhan Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) membenarkan anaknya bernama Shay Adora Ram hasil perhubungan dengan M. Ramachandran bagi mendapatkan status bangsa- Anak Malaysia.

Inilah 'hasil' yang dapat dilihat apabila dia (Hannah Yeoh) membesar tanpa sebarang kesusahan dan kepayahan sebelum kemerdekaan. Lebih teruk lagi agaknya dalam proses tumbesarannya sehingga kini tidak pernah memahami sejarah dan menjaga adab perasaan orang lain terutama orang Melayu. Dasar kerajaan sebenarnya sedikit sebanyak telah menjadikan orang-orang seperti ini berkeliaran di bumi Malaysia yang 'masih aman' ini. Mengapa demikian? Inilah hasil sekolah yang bermacam-macam aliran yang sudah tentunya telah diajar hanya mementingkan kaum sendiri sahaja. Hasilnya? seperti yang kita lihat sekarang... Sudah berjawatan tetapi masih tidak ada fikiran malah tamak, angkuh, dan dengki.

Kalau kita renungkan semula sebagai seorang yang waras apakah sebenarnya yang ingin dicapai oleh YB ini? Kesan ini tidaklah boleh dilihat dalam sehari dua tetapi memakan masa antara 15-20 tahun akan datang apabila bayi itu sudah meningkat dewasa. Pada masa itu lihatlah hak kesamarataan yang akan dituntut dan Melayu tidak lagi memperoleh keistimewaan. Siapa yang rugi? Sudah tentulah orang Melayu terutama anak-anak yang masih kecil yang akan menanggung kepayahan pada masa itu. Apakah kita mahu anak-anak kita menyalahkan kita? Pada waktu itu semua telah terlambat. Kepayahan akan terus 'dinikmati' oleh orang Melayu apabila kekayaan negara telah habis dibolot oleh orang bukan Melayu. Pada hari inipun berapa sangatlah hasil kekayaan yang Melayu nikmati. Pengangguran di kalangan Mahasiswa dan Mahasiswi Melayu juga sangatlah tinggi pada hari ini. Kalau dirampas hak Melayu hari ini dan esok, siapa dan apa yang masih mampu mempertahankannya lagi?

Orang Melayu hari ini dan akan datang mengharapkan kerajaan membela nasib mereka. Pada kerajaanlah tempat berharap. Di mana lagi mahu mendapatkan pekerjaan jika bukan di premis-premis kerajaan? Mahu mendapatkan pekerjaan di sektor swasta yang dimiliki bukan Melayu sangatlah susah bukan kerana tidak ada kelayakan tetapi sering dinafikan. Mereka lebih suka mengambil pekerja di kalangan orang-orang mereka walaupun kelulusan tidak setinggi mana! Surveylah... pasti anda akan menemui hakikat ini...

ADUN ini termasuk ultra kiasu yang lain langsung tidak memahami konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan kerajaan. Alasan 1Malaysia terus digunakan bagi meng'halal'kan banyak perjuangan 'songsang' mereka. Mereka terlalu rakus dan ghairah dalam cuba merampas hak keistimewaan orang Melayu yang dapat dilihat secara terbuka atau sembunyi. Sewajarnya pujian harus diberikan kepada orang-orang Melayu yang hari ini masih boleh bertolak ansur walaupun hati mereka terguris dek sikap segelintir puak ultra kiasu. Inilah indahnya Islam, sering bertolak ansur tanpa mengira bangsa. Namun, had tolak ansur dan kesabaran ada juga hadnya seperti bak kata pepatah Melayu yang menyatakan berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali!

Kepada perdana menteri, YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak, diminta tidak melayani tuntutan SABM ini. Tuntutan ini tidak lain tidak bukan hanyalah berniat jahat dan menjelikkan kepada orang Melayu. Sangat penting juga barah ini perlu dibuang sebelum ianya menjadi lebih parah. Cegah anasir jahat sebelum terlambat...

p/s ini adalah coretan peribadi penulis blog ini

Kerang Laut:- Orang Melayu perlu bersatu menolak sebarang cubaan memporak-perandakan masyarakat terutama berkaitan kepentingan Melayu hari ini dan masa depan

0 komen/ cadangan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LAMAN HANTARAN PERKAHWINAN & PERTUNANGAN

DARI LAMAN PERKASA

DARI LAMAN DR RIDHUAN

DARI LAMAN TUN DR MAHATHIR

OnLoad="FreeViral(386118)"