Rabu, Jun 8

Antara Dua Hajat

Lumrah dunia siapa berani dialah yang kuat. Siapa gagah dialah yang menang. Siapa yang menang dialah ketua. Begitu juga halnya siapa yang takut dialah yang lemah, siapa yang lemah dialah yang kalah dan siapa yang kalah tentunya dialah pak turut.

Kalau dilihat perjuangan PAS seperti yang diuar-uarkan dan hangat diperkatakan kini apakah mungkin parti ini telah lemah dan selemah ini? Apakah kerana ingin menghalalkan persahabatan 'adik abang' dengan DAP dan PKR sanggup menggadaikan prinsip asal menjadikan Malaysia negara Islam? PAS lebih sanggup menukar prinsip kepada negara berkebajikan. Apakah kerana banyak kerusi utama bukan lagi dikuasai ulama maka prinsip negara berkebajikan perlu diutamakan?

Saya yakin ramai ahli PAS yang taat setia lagi berhati keras akan tetap mempertahankan ketuanya dalam hal ini. Saya juga yakin ramai yang akan berkata PAS setelah mengusai Malaysia barulah syiar Islam yang sebenarnya akan ditegakkan. Benarkah begitu? Begitu taksub penyokong PAS hinggakan kuman di depan mata pun tidak nampak. Butakah penyokong PAS yang taksub lagi menaksubkan PAS kini bersekongkol dengan DAP dan PKR yang terang-terang parti kafir dan bukan Islam?

Kalau dilihat sejarah 'lampau' PAS sering menyalahkan UMNO kerana bersekongkol dengan parti bukan Islam dalam menubuhkan kerajaan dan pernah mengeluarkan kenyataan kafir mengkafir dan penentuan tidak masuk syurga. Apakah sekarang PAS tidak berani lagi membuat kenyataan serupa? Saya yakin PAS bukanlah parti yang benar-benar ingin menegakkan Islam jika sekarang ini masih ada ikatan 'adik abang' dengan DAP. DAP banyak secara terang-terang melakukan perkara yang menghina Islam yang agung ini selama pemerintahan di Selangor dan Pulau Pinang tetapi masih ada lagi insan dalam PAS yang membela dan mempertahankan ikatan 'suci' mereka.

Sedarlah dalam hidup ini kita mencari keredhaan Allah. Kehidupan dunia ini hanyalah sementara dan ujian yang akan menentukan nasib kita di akhirat kelak. Dunia yang fana ini akan kita tinggalkan dan percayalah kehidupan yang kekal di akhirat kelak. Semoga kita terpilih dalam syurga Allah yang hebat, sesungguhnya kehidupan syurga adalah kekal abadi dan sebaik-baik tempat tinggal... Itulah kemenangan yang agung...

p/s ini adalah coretan peribadi penulis blog ini

Kerang Laut:- Marilah mencari keredhaan Allah...

0 komen/ cadangan:

Catat Ulasan

LAMAN HANTARAN PERKAHWINAN & PERTUNANGAN

DARI LAMAN PERKASA

DARI LAMAN DR RIDHUAN

DARI LAMAN TUN DR MAHATHIR

OnLoad="FreeViral(386118)"