NIBONG TEBAL 26 Mei — Polis Pulau Pinang sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes sebuah gerai cendol yang disimbah cat merah dan menggantung kepala babi di hadapan gerai di Masjid Lama Sungai Bakap di sini semalam.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yakcop berkata lelaki terbabit adalah pemanggil yang menghubungi peniaga cendol berkenaan dan memberi amaran agar beliau berhati-hati.
"Kita agak sukar untuk mencari lelaki terbabit kerana dia menghubungi peniaga itu dengan menggunakan telefon awam. Bagaimanapun polis sedang giat mengesannya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga telah mengambil keterangan daripada beberapa pihak termasuk peniaga terbabit dan siasatan awal mendapati peniaga cendol berkenaan tidak pernah berhutang dengan mana-mana pihak termasuk ah long. — Bernama
Kerang Laut:- Kurang ajar dan mencabar kesucian agama Islam! Dapat penjenayah tu, gantung kepala dia pulak di loji kumbahan
0 komen/ cadangan:
Catat Ulasan