Selasa, Mei 3

Tips Temuduga Pembantu Makmal C17

Assalamualaikum/ selamat sejahtera.

Sekarang ini hingga minggu-minggu berikutnya bakal diadakan temuduga bagi jawatan tetap Pembantu Makmal Gred C17 KPM.

Oleh itu saya berinisiatif memberi semula tips-tips yang boleh berkongsi bersama. Semoga usaha yang sedikit ini membantu pembaca blog ini. Sekian dan selamat berjaya!!

TIPS TEMUDUGA (UMUM)

Objektif Penemuduga

Anda pasti mempunyai objektif anda yang tersendiri apabila memohon sesuatu pekerjaan, dan apabila anda dipanggil untuk ditemuduga, anda juga mungkin mempunyai matlamat yang anda ingin capai sekiranya berjaya melepasi temuduga tersebut. Ya anda sudah tentunya tahu akan objektif anda sendiri.

Tapi tahukah anda akan objektif penemuduga anda? Untuk berjaya dalam temuduga, anda perlulah mengetahui objektif penemuduga anda.

Berikut adalah diantara objektif-objektif penemuduga. Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut :

- Kebolehan berkomunikasi yang baik
- Mempunyai kelayakan yang relevan
- Bersemangat
- Berinisiatif
- Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik
- Berwatakan Menarik

Nilaikan diri anda

Sebelum anda menghadiri temuduga, anda seharusnya sudah dapat menilai diri anda sendiri sebelum dinilaikan oleh penemuduga. Anda perlu melihat diri anda dari segi:-

- Kelebihan diri sendiri
- Personaliti
- Pencapaian Akademik dan Pekerjaan
- Kekuatan dan kelemahan
- Persepsi
- Pengetahuan Am
- Pengalaman Kerja

Kebanyakkan soalan penemuduga berkisar kepada aspek-aspek diatas. Cuba selami diri anda, dan senaraikan butir-butir tersebut, kenalpasti kelemahan anda dan cuba perbaikinya sebelum menghadiri temuduga.

Ini dapat memastikan anda dapat menjawab soalan penemuduga dengan lebih yakin dan positif.

Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga #1

Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja.

- Ucapkan “Assalamualaikum / Salam”, “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda danpenemuduga.

- Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.

- Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan.

- Jangan menggelisah.

- Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.

- Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.

- Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini.

- Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu

Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.

- Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat.

- Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.

- Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.

- Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.

- Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.

- Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.

Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga #2

- Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.

- Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda.

- Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.

- Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.

- Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.

- Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.

- Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.

- Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.

- Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.

- Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.

- Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

- Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Kawal emosi semasa temuduga

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah :

- Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda.

- Jawab dengan jelas dan lantang,

- Kikiskan sifat ego anda,

- Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas.

- Banyakkan senyuman.

- Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain.

- Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan.

- Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.

Perkara yang menjelikkan penemuduga

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

- Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan.

- Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga.

- Mengelak dari menjawab soalan penemuduga.

- Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda.

- Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal.

- Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut. Diharap dengan maklumat tersebut akan sedikit sebanyak membantu anda untuk berjaya semasa ditemuduga.

JAWATAN DAN MENTERI/PEGAWAI KERAJAAN BERKAITAN YANG PENTING DIINGAT (BAGI JAWATAN PEMBANTU MAKMAL C17)

Perdana Menteri & Menteri Kewangan
Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Dato’ Abdul Ghafar Bin Mahmud

Senarai Menteri Besar/ Ketua Menteri Negeri Di Malaysia

Perlis- Dato' Seri Dr. Md Isa bin Sabu

Kedah- Dato' Seri Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak

Pulau Pinang- Lim Guan Eng

Perak- Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir

Selangor- Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim

Negeri Sembilan- Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Melaka- Datuk Seri Mohd. Ali bin Mohd. Rustam

Johor- Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman

Pahang- Dato' Sri Adnan bin Yaakob

Terengganu- Dato' Ahmad bin Said

Kelantan- Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Sabah- Datuk Seri Musa bin Haji Aman

Sarawak- Datuk Patinggi Tan Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud


SENARAI TUGAS PEMBANTU MAKMAL GRED C17

1. Merancang dan Mengawal Operasi Makmal

  • menyediakan jadual kerja yang akan dilaksanakan.
  • menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal@ amali di makmal
  • memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
  • menyediakan peraturan pengunaan makmal

2. Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

  • menklasifikasikan bahan-bhan di makmal
  • menerima dan menyimpan bahan/ sampel mengikut kesesuaian
  • memastikan aspek kebersihan,keselamatan dan susun atur bahan

3. Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

  • menguji dah mengesahkan peralatan berfungsi dengan sempurna
  • memastikan aspek keselamtan,kebersihan, dan susun atur peralatan selaras
  • membersih dan menyelenggara peralatan sains
  • membaiki kerosakan kecil peralatan

4. Membantu dalam Urusan Praktikal/Eksperimen

  • berada dalam makmal semasa amali berlangsung bagi membantu guru apabila diperlukan
  • mengawasi pelajar ketika menjalankan ekperimen
  • memastikan peralatan yg digunakan mencukupi dan berkeadaan baik seblum dan selepas digunakan
  • memastikan sisa bahan eksperimen dan lebihan disimpan atau dilupuskan mengikut prosedur yg ditetapkan

5. Mengurus Pentadbiran Makmal

  • membantu pihak pengurusan menguruskan prolehan bahan atau peralatan untuk makmal
  • menguruskan peralatan serta pengendalian stor mgikut prosedur
  • menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal
  • membantu pihak pentadbir mguruskan pelupusan bahan
  • menerima dan mengumpul aduan kerosakan bahan atau peralatan untuk dilaporkan kpada pihak pentadbir

SENARAI TUGAS PEMBANTU MAKMAL GRED C17: PERINCIAN

A. PENGURUSAN MAKMAL

TAJUK


i. Carta organisasi

Membantu membuat Carta Organisasi Jabatan Sains Sekolah dan Mempamerkan dalam makmal.

ii. Tugas

Mengetahui peranan dan tugas guru kanan sains,, ketua panitia,guru sains, pembantu makmal dan PAR makmal

Melaksanakan tugas yang telah diagihkan.

iii. Penyelenggaraan

Melaksanakan tugas penyelenggaraan makmal seperti yang telah ditetapkan

*pengudaraan

*Susun atur perabut.

*Sistem saluran gas yang berpusat.

*Sistem pendawaian elektrik.

Sinki,Paip air longkang

*penjagaan perabut makmal

*Peralatan dan bahan dalam makmal.

iv. Pemeriksaan

Membantu membuat laporan pemeriksaan (senarai semak)

v. Pelabelan

Membantu membuat label-label peralatan, bahan dan lain-lain dengan tepat dan mempamerkan dalam makmal.

vi. Penyimpanan

Membantu menyimpan bahan kimia, peralatan dan radas dengan betul.

vii. Pentadbiran

Mematuhi peraturan berpakaian dan waktu bekerja.

B. PENGURUSAN STOK

TAJUK


i. Tatacara perolehan

Membantu membuat pesanan bahan-bahan dan radas melalui:

*kontrak pusat

*bukan kontrak pusat

*pembelian terus.

*pembelian sebutharga

pembelian wang panjar runcit.

ii. Merekod

Membantu merekod maklumat harta modal dan inventori:

*kew312,312A

*kew313

*kew314

*kew315

*kaedah pendaftaran dalam Kew 312,kew312A,kew313,Kew314 dan Kew315.

iii. Pemeriksaan stok

Membantu membuat pemeriksaan stok secara berkala seperti yang diarahkan:

*pemeriksaan stok

*pengiraan stok.

iv. Verifikasi stok

Membantu membuat pemverifikasian stok seperti yang diarahkan:

*verifikasi stok

*pemeriksaan mengejut

v. Hapuskira dan pelupusan

Membantu membuat hapus kira dan pelupusan harta modal,inventori dan bahan kimia.

Membantu merekod bahan-bahan yang rosak atau pecah dalam buku rekod peralatan yang pecah dibawah Kew314.

C. KESELAMATAN MAKMAL

1. Keselamatan dalam makmal

TAJUK


1. Perkara-perkara yang menyebabkan kemalangan

1. Men yenaraikan perkara-perkara yang menyebabkan kemalangan dalam bentuk carta.

2. Simbol-simbol, tanda, label-label dan peraturan makmal.

1. Membantu membuat bahan-bahan untuk membuat symbol-simbol, tanda.label-label dan peraturan makmal di makmal.

2. Mengedarkan peraturan makmal kepada pelajar untuk untuk ditampal di dalam buku amali.

3. Latihan kebakaran, pelan kebakaran dan Alat Pemadam Api.

1. Membantu membuat dan mempamerkan pelan kebakaran dalam makmal.

2. Mengetahui peranan semasa latihan kebakaran.

4. Langkah dan Prosedur Keselamatan.

1. Melaksanakan semakan berkala alat pemadam api dalam keadaan berfungsi.

2. Menghadiri latihan penggunaan alat pemadam api.

5. Baldi-baldi Pasir dan selimut api.

1. Menyediakan baldi pasir dan selimut api di kawasan makmal.

6. Penyelenggaraan Kebuk Wasap

1. Melaksanakan penyelenggaraan berkala kebuk wasap.

2. Pertolongan cemas

TAJUK


1. Ubatan / Bahan dalam kotak peretolongan cemas

1. Melengkapkan kotak pertolongan kecemasan mengikut senarai yang disediakan.

2. Pengetahuan Asas Pewrtolongan Kecemasan.

1. Menghadiri semua latihan dalaman. ( wajib )

3. Mengurus bahan-bahan yang berbahaya

TAJUK


1. Pengendalian tumpahan bahan kimia.

1. Mematuhi tatacara pengendalian bahan kimia.

1. Pengendalian Bahan-bahan Kimia yang merbahaya.

1.mempamerkan senarai peralatan yang berbahaya di makmal

2. Mematuhi tatacara peralatan yang berbahaya.

D. LAIN-LAIN TUGAS



1. Mengurus Taman Sains

Melaksanakan agihan tugas yang telah diperuntukan.

2. Keceriaan

1. Melaksanakan agihan tugas yang telah diperuntukan.

3. Kemahiaran Kerja Paip / Kayu.

1. Menghadiri latihan dan seterusnya menggunakan kemahiran kerja di dalam urusan makmal.


HAL-HAL LAIN YANG PENTING

(BAGI JAWATAN PEMBANTU MAKMAL C17)

Biasanya dalam temuduga ini penemuduga menemuduga 5-6 orang sekali. Namun, terpulang kepada penemuduga/urusetia. Antara soalan yang mungkin ditanya:

i. Tentang sejarah:

1. Negara yang pernah menjajah Malaysia

2. Bapa kemerdekaan, Bapa pemodenan, dll.

ii. Rukunegara

iii. Fungsi organ dalaman badan

iv. Jenis alatan dalam makmal (alat radas)

v. Apa itu AC dan fungsinya

vi. Proses Fotosintesis

vii. Tugas-tugas pembantu makmal

viii. Hal-hal berkaitan keselamatan makmal

ix. Isu-Isu semasa

x. dan lagi... kenalah baca baca buku Sains teras sekolah menengah semula terutama berkaitan radas dan pengendalian/pengurusan eksperimen :-)


Semoga tips-tips ini dapat membantu anda dan diharapkan sesiapa yang pernah menjalani temuduga ini sebelum ini, semoga dapat berkongsi pengalaman dalam ruangan komen untuk manfaat bersama...

SEKIAN. SEMOGA BERJAYA!!!

Kerang Laut:- Semoga berjaya!

122 komen/ cadangan:

  1. time kasih atas info bguna...

    BalasPadam
  2. Terima Kasih kerang laut!..

    BalasPadam
  3. sangat membantu!thanks

    BalasPadam
  4. InsyAllah, terima kasih. Semoga berjaya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. HAL-HAL LAIN YANG PENTING

      (BAGI JAWATAN PEMBANTU MAKMAL C17)

      Biasanya dalam temuduga ini penemuduga menemuduga 5-6 orang sekali. Antara soalan yang mungkin ditanya:

      i. Tentang sejarah:

      1. Negara yang pernah menjajah Malaysia

      2. Bapa kemerdekaan, Bapa pemodenan, dll.

      ii. Rukunegara

      iii. Fungsi organ dalaman badan

      iv. Jenis alatan dalam makmal (alat radas)

      v. Apa itu AC dan fungsinya

      vi. Proses Fotosintesis


      Semoga tips-tips ini dapat membantu anda

      APE JAWAPANNYA SAUDARE???????

      Padam
    2. :-) jawapannya? "Google" ada jawapannya...

      Padam
  5. Assalamaualaikum..... saya berasal dr tawau sabah, terima kasih atas informasi ini.saya akan menghadiri temuduga pd januari depan. ini adalah temuduga saya yg kedua, thun lau saya gagal utk dpt kerja ni,tips yg anda bg amatla berguna. saya harap saya akan berjaya kali ni.amin....

    BalasPadam
  6. salam..saya asal dari kota kinabalu.thanks 4 da tips ya..sahabat yang dari tawau..saya juga salah sorang calon tmu duga pada bulan januari nanti..awak dapat kat ner

    BalasPadam
  7. tahniah kerana telah dipanggil temuduga... semoga berjaya dalam temuduga tersebut...

    BalasPadam
  8. thanks a lot..sy dri lahad datu sabah januari dpan akn menghadiri temuduga smoga berguna informasi dri kerang laut..:) pda yg akn ikuti tmuduga smoga kta smua berjaya..amin..:)

    BalasPadam
  9. o ya tgah cri maklumat pasal peralatan2 dlm makmal tpi blm jumpa-jumapa lgi pda yg ada mklumat plisss share ya..tqvm.

    BalasPadam
  10. SALAM..TERIMA KASIH BNYK TTG INFO INI, SAYA JUGA CALON DARI SABAH AKAN DITEMUDUGA JANUARI 2012,SMOGA KITA BERJAYA AMIN...

    BalasPadam
  11. cha tmuduga d mna?rmai calon tmuduga rasa gementar ni hehe.

    BalasPadam
  12. hahaha, ari ni dapat surat temuduga tuk pembantu makmal. aduiiiiii. lamanya sudah aku ndak pegang tu alat2 dalam makmal. wakaka. tidak ingat sudah apa nama. apa pun. thanks atas info ni. banyak guna ni, huhuhu

    BalasPadam
  13. Thanks!:)gud luck all:)

    BalasPadam
  14. thanks,kerang laut....its very helpfull but saya ada satu lagi pertanyaan mengenai outfit yg sesuai dipakai nanti...hehe,

    BalasPadam
  15. wah rmai calon tmuduga all the best tuk kta smua..

    BalasPadam
  16. erm... ok. sebenarnya pakaian semasa temuduga nanti mestilah kemas dan bersopan. sangat digalakkan sekiranya memakai pakaian baju kurung bagi perempuan dan slack+kemeja bagi lelaki. semasa temuduga nanti mungkin dipanggil 4-5 orang sekaligus so akan ditanya setiap seorang soalan yang sama tetapi jawapan nanti hendaklah yang berlainan tetapi betul. contohnya mungkin ditanya radas-radas yang ada dalam makmal so dah tentu banyak kan?... semoga membantu ok :-)

    BalasPadam
  17. gud luck utk kita smua...

    BalasPadam
  18. AC tu apa?

    BalasPadam
  19. Thanks for the information..i'm the one yang akan masuk temu duga di KK This month..thanks a lot!

    BalasPadam
  20. wah ramainya yg akan t/duga januari 2012 ni, ramai kt p ya saya pun orang tawau kt jp ramai kat MB Hotel Tawau nnt ya.. semoga kt berjaya
    ~ AMIN YA RABBAL ALAMIN ~

    BalasPadam
  21. mutiara kristalJan 6, 2012 10:30 PM

    AC itu apa ya

    BalasPadam
  22. hye sy daniel..dari keningau....sy pun dpt temuduga ne ....mcm nah persiapan anda suma....sy punya pertanyaan ne..... AC TU APA.... Negara yang pernah menjajah Malaysia

    2. Bapa kemerdekaan, Bapa pemodenan, dll.

    ii. Rukunegara

    iii. Fungsi organ dalaman badan

    iv. Jenis alatan dalam makmal (alat radas)

    v. Apa itu AC dan fungsinya

    vi. Proses Fotosintesis SEPA BLEH BAGI JWPAN NE...SEKURANnya kita bgi2 la sedikit idea k....

    BalasPadam
  23. saya x berharab sgt..sbb sya x brapa tahu pasal sains~ huuhu...

    BalasPadam
  24. perlu ka bt pengesahan salinan dokumen?

    BalasPadam
  25. Selamat D Temuduga Esok...Semoga Berjaya!!...jumpa esok kat SPP...hehehe...thanks pada tuan punya blog bagi tips yg berguna...

    BalasPadam
  26. AC 2 apa ya?

    BalasPadam
  27. AC tu apa ya??sepa tahu??

    BalasPadam
  28. AC:alternating curren
    DC:Direct curren
    Fungsi:adaptor digunakan utk mengubah arus AC ke DC.

    BalasPadam
  29. tips yg sangat berguna.. sbb saya jugak akan menghadiri t.duga pembantu makmal c17 pada 17hb januari nih.. harap2 tuah berpihak kepada saya n kamu jugak :.. amin...

    BalasPadam
  30. Kerang laut..
    Saya Junior Lab Asisst.
    Nak minta tolong poskan entry mengenai tips-tips, format soalan, tajuk-tajuk soalan, dan contoh-contoh soalan untuk peperiksaan perkhidmatan pembantu makmal
    bahagian II & III. Iaitu teori/esei dan amali.
    Saya sebagai junior sangat perlukannya sebab di tempat kerja saya tiada senior dan rakan sejawatan. Eksperimen pun jarang dijalankan. Bulan Februari(2) ni saya exam..Really need your help, please..
    terima kasih.

    BalasPadam
  31. Esok sya pUn intvw pmbntu makmal ni,tatau nk jawab apa.dah la lemah sains ni..adess..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah lemah nampaknya kena buka buku sains juga sebelum interview... sains AMAT penting bagi jawatan ini :-)

      Padam
  32. huh slesai dah intrview adeh byk bkisar pasal pgethuan am x thu mcmana la kptsan intrview 2 nti hehe.

    BalasPadam
  33. *-NADIA-*
    Kerang laut..
    Saya Junior Lab Asisst.
    Nak minta tolong poskan entry mengenai tips-tips, format soalan, tajuk-tajuk soalan, dan contoh-contoh soalan untuk peperiksaan perkhidmatan pembantu makmal
    bahagian II & III. Iaitu teori/esei dan amali.
    Saya sebagai junior sangat perlukannya sebab di tempat kerja saya tiada senior dan rakan sejawatan. Eksperimen pun jarang dijalankan. Bulan Februari(2) ni saya exam..Really need your help, please..
    terima kasih. ----->NADIA

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampaknya nadia kenalah cari rakan-rakan yang seangkatan... yang itu tak boleh saya maklumkan. sori ok :)

      Padam
  34. salam..
    sy dpt intrviuw pmbntu makmal 23/2/2012 di kota bharu..
    nk tnye idea brg sjemput dua lah ape yg nk gtau kalau panel tnye aktiviti slepas spm...truth sy smbng diploma...nk kne bgtau ke ade diploma.??..ade yg kate xpyh ckp ade dip sbb c17 utk spm je kn..??

    so nk mtk tlg dr smua ek...

    thanx :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak beritahu boleh, tak beritahu pun takpe... susah nak bagi jawapan but i think u all sendiri boleh buat pertimbangan... :-)

      Padam
    2. saya pom sama,dpt interview pmbantu makmal kat BTP 22/02/12.

      Padam
    3. thanx 4 da info kerang laut...berdeba la plk...lama da tak intrvw neh... :D

      Padam
  35. sama la kita gengkey
    pukul 10.30 kt BTP kn..

    BalasPadam
  36. assalamualaikum buat yg muslim.
    saya pun sudah attend interview Lab.Asst 17Jan lepas..
    agaknya bila keputusan interview tu diumumkan ya?
    soalan semasa temuduga hari tu sgt teratur..dimulakan dgn maklumat diri.then kebanyakan soalan lebih kepada SITUASI semasa dalam makmal sekolah sebagai PELAJAR bukan sebagai Lab.Asst..third, soalan pengetahuan am seperti matlamat negara(wawasan 2020) dan topik 1Malaysia(contoh pelaksanaan seperti Klinik2 1Malaysia dan Bantuan 1Malaysia dll).
    Harap maklumat yang saya kongsikan ini dapat membantu anda yang bakal menhadiri temuduga Pembantu Makmal.
    NOTE: DATANGLAH AWAL DARI MASA YANG DIBERITAHU.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas maklumat tambahan semoga berguna untuk rakan-rakan yang lain.

      keputusan? kenalah selalu layari laman web SPP selepas sebulan dari tarikh temuduga ok :-)

      Padam
  37. blk tmuduga 3, btp...
    samo ko Tanpa Nama?hehehe...

    thanx 4 da info cik siti :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. samo la kito. sy group 1 utk sesi 1030.
      agak2 lm ko bleh tau result n..
      harap2 thn n, ado rezki.

      Padam
  38. klu intrvw p.makmal gred c4 dia sma ke soalan ngn c17 atau lebih krg jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. c4 gred perjawatan baru dalam skim SBPA. dulu c17 (skim SSM). pertanyaan? bergantung kepada penemuduga. biasanya soalan mudah... jangan bimbang. banyakkan bacaan dan doa

      Padam
  39. thanks coz kongsi maklumat neh..saya pn bakal interview pda 23/2/12..di Kedah.tp skang ada di Kota Bharu.harap2 sama2lah kita sukses..Amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pun kna kt kedah..tp 22/02/12.....

      Padam
    2. rizz:xpe..smoga berjaya..klo boleh past interview 2,tlg kongsi2 la mklumat ngn sya ye.hehe..
      Kerang Laut:thanks 4 ur wish ;'-)

      Padam
    3. pas intrview tu tlg kgsi2 kat cni ye...hukhuk,,.BERDEBAR,,.

      Padam
    4. sy kne kat tganu 7/3/2012..korang bla daa lpas intview kongsi la together2..nk tye klu kte ade dip..nk kasi tau x bla intview nanti..?

      Padam
    5. insyaALLAH....klu smpat malam pas intrvw sy post kt sni ok

      Padam
  40. saya pon bakal interview pd 28/2/12 ni...di kuantan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai ke nak pakai pembantu makmal ni...mitak2 saya dapat dan kamu sume dapat ...aminn

      Padam
    2. sya pun akan interview pda 28 di kuantan.. trima ksih atas maklumat yg diberika.

      Padam
    3. eh sma la kte eija sy pn dpt iv 28 ni kt kuantan

      Padam
    4. kita jumpa kat sana ye..eiji,,tanpa nama..awak kat ane?

      Padam
    5. samela kite eija.sy pn kat kuantan..moge sukses k.tp sy 29 aribulan,berdebar lak ase....

      Padam
  41. orraitt...insyaallah ade rezeki kite dpt la ye....
    hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyAllah. cmna iv ari t.
      alhamdulillah, sy bleh jwb.
      lulus ke x, xtau la.
      agak2 bl ye result kuar..

      Padam
  42. Salam... nampaknya musim untuk temuduga pembantu makmal (pm) bagi tahun 2012 telah bermula lagi...

    untuk pengetahuan pembaca, KPM memang amat memerlukan pm kerana terdapat banyak kekosongan bagi jawatan tersebut pada masa kini. Semoga berjaya kepada yang telah tercalon untuk temuduga... :-)

    semoga sedikit sebanyak info di atas dapat membantu...

    BalasPadam
  43. thanks kerang laut...

    BalasPadam
  44. Saya pun dapat panggilan interview untuk jawatan Pembantu Makmal.. Saya p 21/02/2012 ni kat Alor Setar.. Nervous nyer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcm mn interview td??nk tau sgttttt

      Padam
  45. gengkey, blk tmdga kito pn sm. semoga kita suma bjaya. amin.

    BalasPadam
  46. salam...sape2 yang dah interview td boleh kongsi pengalaman....

    BalasPadam
  47. esok temuduga di kota bharu... semoga berjalan lancar...

    BalasPadam
  48. salam 1 malaysia....nak tanya skit...perlu ker bg tau peringkat tertinggi pembelajaran kiter..takut bg tau t xdapat lak...i ade degree...takutkan dia xkata terlebih syarat lak....dpt temuduga kat trg 7/3/12 nie..tq for ur info...

    BalasPadam
  49. salam..sy pun dapat temuduga 7/3/12 nie kat terengganu..nerves la plak.thanks atas info..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyAllah.. info di sini mmg membantu. selamat maju jaya.

      Padam
  50. tahniah kepada yang bakal menghadiri temuduga. sebelah kaki anda telah berada di KPM. semoga berjaya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya berapa orang penemuduga

      Padam
    2. 2 org
      good luck yea

      Padam
  51. salam..sya dpt temuduga kt trg 6/3/12 ni..
    ni kali pertama btemuduga..
    info di atas sgt membantu..tq kerang laut..
    harap2 sya n kwn2 berjaya!! amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah sy dpt tmduga 6/3 ni kat batu rakit.risau sgt2.mmg dah lupa bab2 sains ni.11 thn dah tnggal kn makmal sains sekolah.

      Padam
  52. salam..sya dapat temuduga kt trg 6/3/12 ni..
    ni kali pertama btemuduga..fuhh..
    info di atas sgt membantu..tq kerang laut
    harap2 sya n kwn2 berjaya!! amin..

    BalasPadam
  53. thank sgt3.. 1/3/12 ni ade temeduga pembantu makmal kt beserah,Kuantan... hope tips ni btl2 membantu...:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama. semoga berjaya. harap dapat berkongsi pengalaman di sini nanti ok

      Padam
  54. alhamdullillah dah selesai i/tvw di a.setar...semua bjaln lancar...harapan agar berjaya dalam temuduga...

    BalasPadam
  55. soalan yg ditanya smasa interview di alor setar pada 21/2/12 :

    1) perkenalkan diri masing2 ( nama penuh,umur,status,pendidikan tertinggi,fsmily,kelebihan diri0
    2) kepentingan langkah2 keselamatan dalam makmal
    3)apa contoh radas dlm makmal yg berkaitan optik
    4) mikroskop ada berapa jenis n jenis2 nya
    5) agong skrg yg ke berapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga berjaya dan terima kasih kerana berkongsi. semoga manfaatnya boleh dikongsi bersama dengan yang lain...

      Padam
  56. intrvw di alor star 22/2/12:

    1-pekenal diri
    2-tgs pmbntu makmal
    3-patut or tidak jika kunci makmal dsimpan oleh pembntu makmal???
    4-perdana menteri malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq rizz kerana berkongsi pengalaman. semoga pekongsian ini memberi manfaat kepada pembaca yang lain. semoga berjaya!

      Padam
  57. sye iv 8/3 ni kat kuantan...sape2 da g iv tu..pls share soalan...thanks...

    BalasPadam
  58. salam. saya nak tanya NKRA tu ape maksudnye?

    BalasPadam
  59. slm...sy p intrview 28/2/12..lusa la..thnks kpd sape2 yg sudi share pasal soklan2 yg ditnya time intrview..doakn sy pn bjaya yer..ws

    BalasPadam
  60. nkra = nationality key RESULT AREA

    BalasPadam
  61. SALAM ..SAYE PUN INTERVIEW ESOK PM KAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN BESERAH....BERDEBAR JUGAK LA...

    BalasPadam
  62. saya pun dapat gak temuduga pembantu makmal pada 7/3/2012 kt batu rakit, k. trg..berdebar ni tunggu soalan dari penemuduga..

    kepada saper yg dah pergi temuduga kt batu rakit tu, tolong la share soalan ape yg ditanya semasa temuduga tu..

    saya nak prepare jawapan dari awal ni.. bleh hilangkan perasan gemuruh bila prepare dari awal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah kerana dipanggil temuduga. semoga berjaya!

      Padam
  63. Salam. Dalam seminggu dua lagi, di negeri Johor pula temuduga pembantu makmal C4-1 akan dijalankan. Alhamdulillah, isteri saya juga telah terpilih dalam temuduga tersebut. Insya'Allah jika berkesempatan, pengalaman temuduga itu nanti akan dikongsikan di ruangan artikel/komen di blog ini... Marilah sama-sama kita mendoakan semoga isteri saya dan rakan-rakan yang bakal/telah ditemuduga berjaya dalam temuduga dan seterusnya dapat mencurahkan bakti kepada negara. Insy'Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah..qis pun baru dapat..di johor...pada 14/3/12 ni..berdebar2..thanks atas info..~

      Padam
    2. wslm,,alhamdulilah,,,saya pun dapat interview kat jb 14/3 nie,,gugup la.thank for this info...bnyk maklumat yang saya dapat...=)

      Padam
    3. Salam. Saya pd 13.3.2012 di jb. Insyallah.. Bykan membaca dan berdoa. All the best. :orang gaji:

      Padam
    4. Salam. Saya pd 13.3.2012 di jb. Insyallah.. Bykan membaca dan berdoa. All the best. :orang gaji:

      Padam
  64. salam semua..saya dah siap interviu pembantu makmal pagi tdi kt BTP pahang..soalan biase2 je..
    soalan tdi
    1-apa maksud makmal
    2-apa keistimewaan anda bila anda diterima sebagai pmbntu makmal
    3- nyatakan 3 jenis asid
    4-apa tugas pembantu makmal..:-)) gud luck tok yg nk pergi intrviu ye...opppss jgn lupe kalo boleh pergi laa melawat makmal2 sains sekolh ye..tnye sndiri pmbntu makml ape dieorg wat...gud luck....

    BalasPadam
  65. Salam semua, sy pn baru lps dtmudga smlm di BTP phg. Kt sini nk kongsi soalan
    1) perkenalkan diri
    2) sebutkan radas makmal
    3) ahli panel bg contoh situasi dan setiap org
    kna jwb
    4) NKRA- sebutkn bidang2 yg ada
    5) Sumber mknn yang membekalkn tenaga
    6) Apa persiapan yang dibuat apbla dpt surat
    tmuduga
    7) Nm negeri dan ibu negeri- setiap org sebut 2
    8) Nama malaikat beserta tugas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mujur la sy penemuduga x tanya banyak camni...

      Padam
  66. nak tanya...radas dan alat makmal tu same maksud x?

    BalasPadam
  67. Pagi..
    macam2 rasa bila dapat surat temuduga pada 14/3 ni..kena cari banyak info..harap2 negeri johor tak hujan masa tu...thanks atas info ye..~

    BalasPadam
  68. Saya juga terlibat dalam temuduga PM pada 15/3 nanti..terima kasih atas info..rasanya nak kene baca balik buku sains masa SPM dulu..huhu

    BalasPadam
  69. ayuzan@hotmail.comMar 2, 2012 04:00 AM

    sy dpt PM ni juga.. di puteri pacific JB..xbiasa drive area JB...kena GPS ni.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jumpe disana..=)same la kite..heheh

      Padam
    2. samela kt pan pac jugak..15/3. gud luck sume :)

      Padam
  70. saya nak tahu jika ader degree kena tunjukkan sekali@sekadar spm jer.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekadar spm shj...semua sijil mesti kelulusan spm..sijil penghargaan,sijil penyertaan..semua nak yang spm punye...tapi kalau penemuduga tanya cakap la kllusan t'tinggi kita...

      Padam
  71. sekali lagi saya nak tahu adahkah resume diperlukan????dan jika saya mempunyai degree dan stpm wajarkan saya sertakan sekali@sekarar spm sahaja.....harap balas..pless....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak perlu resume..dan sekadar spm shj...sebab sy da intrview kat kuantan 28/2/2012...cume nak sijil2 spm shj..n y penting sijil komputer

      Padam
  72. so sijil stpm xperlu masukkan sekali dalam fail la..

    BalasPadam
  73. Seronok ke keje lab ni? Aku Google ramai dok bising kene buli ngan staf opis.. Kene sapu sampah pon ade.. Betol ke ar? Ikut pegalaman mse kt skolah dulu..mmg la kene sapu berus longkang akak lab asst tuh..tp area lab je la..

    BalasPadam
  74. Seronok ke keje lab ni? Aku Google ramai dok bising kene buli ngan staf opis.. Kene sapu sampah pon ade.. Betol ke ar? Ikut pegalaman mse kt skolah dulu..mmg la kene sapu berus longkang akak lab asst tuh..tp area lab je la..

    BalasPadam

LAMAN HANTARAN PERKAHWINAN & PERTUNANGAN

DARI LAMAN PERKASA

DARI LAMAN DR RIDHUAN

DARI LAMAN TUN DR MAHATHIR

OnLoad="FreeViral(386118)"