PULAU PINANG 5 Mei - Kerajaan DAP Pulau Pinang bertindak 'mengharamkan' novel Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain daripada diletakkan di ruang buku teks di semua perpustakaan awam di negeri ini. Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy (DAP-Prai) berkata, novel berkenaan sebaliknya akan ditempatkan di ruang biasa kerana kerajaan negeri tidak mengiktiraf ia sebagai buku teks.
Jelas beliau, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri yang diadakan semalam selepas mendapati buku berkenaan menghina rakyat negara ini termasuk kaum Melayu, Cina dan India.
"Kami (kerajaan DAP Pulau Pinang) bukan mengharamkan novel tersebut tetapi hanya tidak meletakkannya di ruang buku teks di Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
"Novel ini tidak patut terus digunakan sebagai teks Komponen Sastera (Komsas) Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu untuk murid tingkatan lima. Ia hanya akan memecahkan perpaduan rakyat," katanya menjawab soalan lisan berkaitan novel Interlok yang dibangkitkan R.S.N. Rayer (DAP-Seri Delima) pada sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
Terdahulu, berlaku pertikaman lidah antara Rayer dengan beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) apabila beliau mendakwa novel tersebut menyebabkan berlakunya keadaan tidak harmoni dan saling hina-menghina di kalangan rakyat.
Shabudin Yahya (BN-Permatang Berangan), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) dan Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) bangun menjelaskan bahawa ia merupakan fakta sejarah dan rakyat sudah mampu membuat penilaian terbaik mengenainya.
Kerang Laut:- Bila Melayu tidak berkuasa...
0 komen/ cadangan:
Catat Ulasan