Selasa, Mei 3

Melayu dan Parti Pembangkang

KUALA LUMPUR 2 Mei - Tiada satu pun parti daripada pakatan pembangkang yang mampu menjadi 'payung' kepada Melayu Islam di negara ini, tegas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Menurutnya, bukti perkara itu sudah pun jelas melalui pembentukan pakatan pembangkang yang dilihat lebih banyak menguntungkan DAP.

"Kalau mahu bergantung kepada Pas, lihat saja di Kelantan. Siapa yang membina prasarana pendidikan serta agama walaupun mereka yang memerintah? Ke mana disalurkan dana kerajaan negeri?

"Kalau mahu bergantung kepada PKR di Selangor pula, lihat berapa ramai usahawan Melayu telah mereka lahirkan berbanding sewaktu pemerintahan Barisan Nasional. Manifesto termasuk pemberian RM1,000 kepada golongan tertentu ada mereka laksanakan?" katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kepong di Hotel Seri Pacific di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua UMNO bahagian itu, Senator Datuk Rizuan Abd. Hamid.

Mengenai dakwaan pakatan itu gabungan pembangkang hanya menguntungkan DAP, Shafie berkata ia ternampak jelas sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak bulan lepas.

"Orang Pas termasuk yang berserban sanggup pakai baju 'roket' berkempen untuk DAP di kawasan bandar tetapi orang DAP tidak keluar ke kawasan luar bandar untuk bantu calon Pas.

"Akibatnya Pas kalah semua lima kerusi manakala DAP menang 12 kerusi atas bantuan Pas," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, UMNO tetap akan mendengar suara rakan-rakan komponen BN termasuk MCA dan MIC dalam membuat sebarang keputusan sekiranya terjadi sebarang penggabungan dengan Pas.

Kerang Laut:- PAS banyak melukakan hati orang Melayu Islam. Perpecahan merugikan Melayu dan yang menguntungkan... super racist!

0 komen/ cadangan:

Catat Ulasan

LAMAN HANTARAN PERKAHWINAN & PERTUNANGAN

DARI LAMAN PERKASA

DARI LAMAN DR RIDHUAN

DARI LAMAN TUN DR MAHATHIR

OnLoad="FreeViral(386118)"